Sulit
5 tahun
Hpv dan ketil pada kemaluan
Sy disahkan menghadapi kutil kelamin dan hpv…bagaimana cara untuk mencegah…adakah ianya bahaya
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terma pencegahan bermaksud mengelakkan keberlakuan sesuatu sebelum ia berlaku. Sekiranya anda mahu bertanya tentang rawatan, jawapannya adalah ya, penyakit ini boleh dirawat dengan kepakaran doktor.
Untuk mencegah penyakit ini, anda perlu mengamalkan seks yang selamat seperti memakai kondom. Anda juga perlu memastikan kebersihan alat sulit anda. Wanita yang berumur 13 tahun akan dikenakan untuk mengambil vaksin HPV untuk mencegah kutil kelamin dan ia telah menurunkan banyak kes sebegini.
Jangkitan HPV ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapatkan kanser serviks. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat ujian pap smear di klinik puan dengan jadual yang ditetapkan oleh doktor supaya boleh dikesan awal jika berlaku.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































