
Anonymous
5 tahun
HPV selepas berkahwin
Saya nak tanya adakah pe sakit HPV boleh mengandung?adakah boleh menjejaskan kandungan?apa kesan kepada pasangan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, HPV adalah sejenis jangkitan kelamin yang juga dikenali sebagai jangkitan herpes. Virus yang menyebabkan jangkitan ini adalah herpes simplex virus. Biasanya wanita yang menghidap herpes boleh mengandung, namun terdapat risiko jangkitan kepada bayi ketika dilahirkan sewaktu proses kelahiran dan ini boleh membahayakan bayi. Oleh itu, wanita yang menghidap jangkitan ini haruslah merawat jangkitan ini sehingga sembuh sebelum merancang untuk hamil.
Berkaitan dengan kesan kepada pasangan pula, penyakit ini adalah jangkitan kelamin dan boleh merebak melalui hubungan seksual. Oleh itu rawat sebarang jangkitan agar tidak merebak kepada pasangan. Sebaiknya elakkan dari melakukan hubungan seksual dan gunakan perlindungan sehingga sembuh.
Rujuk perkara ini kepada doktor sekiranya anda menghidap jangkitan ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut dan rawatan. Terima kasih.