
Anonymous
6 tahun
HSV 1 kah itu atau alergik
Lately, bibir saya bertukar menjadi gelap pada kawasan tertentu seperti di kedua hujung bibir dan setompok di tengah. Dan saya perasan seperti ada benjolan halus berkumpul pada bibir bawah saya. Herpes kah itu? Dan hari ini saya berasa gatal seharian pada bahagian kulit berhampiran dengan bibir bawah. Sebulan yang lepas saya ada mencuba tester lipstick di drugstore.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan keadaan pada bibir anda ini. Virus herpes boleh menyebabkan “cold sore” pada bibir. Biasanya ia bermula dengan kegatalan dan pedih, bengkak, kemudian menjadi gelembung air. Kemungkinan lain adalah:
- Jangkitan bakteria , virus lain atau kulat
- Masalah ekzema atau kurap
- Kulit sensitif dan menghidap keradangan
Menggunakan tester barangan seperti pelembap bibir dan lipstik sebenarnya amat tidak digalakkan, ia boleh menyebarkan jangkitan dengan mudah dan produk tersebut biasanya amat kotor kerana telah digunakan pelbagai orang.
Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan bagi masalah anda ini. Sila ke klinik terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.