
Sulit
4 tahun
Hubungan bersama pasangan
Saya wanita berumur 23.berhubungan bersama pasangan pada 6feb. Ketika saya berhubungan bersama pasangan saya dalam haid hari kelima. Sebelum bersama saya membasuh vagina dan darah haid yang ada sedikit. Ketika bersama tiada darah haid yang keluar . Darah yang keluar dapat di beri contoh hanya setitik. Selepas bersama tiada lagi darah haid yang keluar dan bersih tiada darah haid. Haid saya kebiasaan nya 7hari untuk betul2 habis dan bersih darah haid. Adakah boleh menyebabkan kehamilan atau risiko yang bahaya. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan tubuh anda dan pasangan sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umum, sekiranya anda seorang muslim perbuatan melakukan hubungan kelamin sewaktu masih dalam tempoh haid merupakan perbuatan yang salah di sisi ajaran Islam. Namun dari sudut perubatan pula, melakukan seks ketika wanita haid adalah tidak bersih dan boleh menyebabkan pelbagai jangkitan kelamin dan risiko kesihatan wanita yang lain.
Saya menyarankan agar anda tidak meneruskan hajat untuk melakukannya di kemudian hari dan sekiranya hendak mengetahui tentang kondisi rahim anda saat ini atau apakah terjadi kehamilan, adalah lebih baik anda berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang terdekat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.