
Sulit
4 tahun
Hubungan kelamin selepas pengambilan vaksin hepatitis B?
Isteri saya pengidap hepatitis B tapi saya tidak setelah melakukan ujian darah. Saya sudah mengambil vaksin. Boleh ke saya melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan seperti penggunaan kondom? Adakah saya kena tunggu lengkap kesemua 3 suntikan vaksin?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, walaupun isteri anda telah mengambil vaksin hepatitis B, anda dinasihatkan untuk memakai kondom ketika hubungan kelamin kerana masih terdapat risiko jangkitan hepatitis B diwaktu badan isteri anda sedang menyesuaikan dengan vaksin yang diberikan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai hepatitis B dan kesihatan seksual, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.