
Sulit
2 tahun
Hubungan seksual : Tiada nafsu langsung pada suami
Dr… Saya dah 9tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang dilahirkan secara czer kerana masalah pelvik sempit. Masalah utama saya sejak setahun dua ini adalah sangat tiada nafsu pada suami dan ini mengakibatkan masalah pada rumahtangga kami. Melakukan hubungan dalam keadaan terpaksa dan akibatkan saya sakit. Tolong doktor… Apa ubat/rawatan yg perlu saya ambil.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tiada nafsu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang merangkumi fizikal mahupun mental. Antaranya:
- kurang komunikasi; anda harus berbincang dengan pasangan tentang kepuasan masing-masing
- psikologi, tertekan dan emosi tidak stabil
- kesan sampingan perancang keluarga pil, suntikan
- Sakit ketika bersama kerana keradangan pada bahagian sulit
Walaubagaimanapun, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.