
Sulit
5 tahun
Hubungan selelas haid
Hai doc. Saya mula haid pada 22/1 dan tamat pada 27/1. Saya mengada kan hubungn bersama suami saya pada 28/1, sehari lepas tamat haid. Adakah saya boleh hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, risiko untuk hamil sentiasa ada terutamanya selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan seperti kondom dan anda tidak menggunakan pil perancang. Anda lebih subur pada waktu ovulasi, iaitu pada hari keempat belas dalam kitaran haid. Namun, waktu ovulasi adalah berbeza mengikut individu kerana masing-masing mempunyai kitaran haid yang berbeza. Anda disarankan untuk mengambil ujian kehamilan air kencing yang boleh didapati atas kaunter di mana-mana farmasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.