
Sulit
5 tahun
Hubungan sex semasa period
Hi. Saya nak tanya. Saya lakukan seks semasa saya period tetapi saya menggunakan pad. Saya risau adakah saya akan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, walaupun kebarangkalian untuk hamil akibat persetubuhan sewaktu haid adalah rendah, harus diketahui bahawa kemungkinan untuk hamil itu tetap ada memandangkan kehamilan memerlukan persenyawaan diantara ovum dan sperma. Justeru, sekiranya terdapat ovum sewaktu bersetubuh, maka anda boleh hamil.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.