Sulit
4 tahun
Human immunodeficiency viruses
Adakah seseorang akan terkena hiv sekiranya darah pesakit masuk kemata?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, HIV berkemungkinan akan menjangkiti seseorang individu melalui mukus membran, mata adalah salah satu organ yang mempunyai mukus membran. Namun begitu, kes jangkitan melalui mata adalah sangat jarang.
Sekiranya anda risau, anda boleh mendapat pemeriksaan di mana-mana klinik kesihatan dengan melaporkan bahawa keadaan anda. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.