
Sulit
4 tahun
Hypotiroid (Ada masalah period tidak teratur)
Sy ada masalah hypotiroid. Sebelum ni sy ada hypertiroid tapi selepas mengambil RAI pd Nov tahun lepas dr hypertiroid menjadi hypertiroid (sy penghidap hypertiroid dr tahun 2015). Masalah sy sekarang setelah doc sah kan ada hypotiroid period sy dr Jan smp sekarang tidak teratur…masa Jan hr tu period sy lebih krg 10hari dan heavy period. Feb dan mac period sy lebih krg 2mgg…tapi sekarang ni sy dtg period dr 19/4 smp sekarang masih blm berhenti lg…antara 19/4 hingga 28/4 period sy tidak terlalu heavy mcm normal period sj. Tapi dr 29/4 smp sekarang period sgt banyak dan kadang² ada keluar mcm ketulan darah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!