
aininfinite99
5 tahun
I feel lump in my throat
Saya wanita berusia 21 thn. Saya sering rasa ada benda yang ‘sangkut’ di tekak dan saya tahu ini ada kaitan dengan masalah acid reflux saya. Buat masa sekarang saya hanya mengambil ubat OTC, Alucid tablet. Apakah medication atau home remedy yang saya boleh ambil untuk hilangkannya? Hal ni sangat menggangu kerana saya akan rasa sesuatu di tekak selepas saya makan sesuatu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rasa sesuatu di tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
Jangkitan kuman
Radang tonsil
Radang tekak
Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Masalah tiroid
Tersekat benda asing
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Memandangkan gejala ini telah menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan rawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.