Sulit
4 tahun
Ibu hamil air liur berdarah
saya tiada mengalami batuk tetapi ketika saya buang air liur bercampur dengan darah. adakah biasa untuk ibu hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah air liur berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada gusi
- gigi longgar
- masalah kekurangan komponen darah iaitu platelet atau faktor pembekuan darah yang berfungsi untuk hemostasis
- penggunaan ubat-ubat pencair darah
- jangkitan paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.