
Sulit
4 tahun
Implanon dan heavy period
Saya berumur 42 thn dan menggunakan implanon.akan buka bln 3 nanti.sejak 2 bln baru ni saya heavy period dgn darah berketul2 selama beberapa hari…ada ia normal?perlukah saya ke klinik?saya sgt tak selesa dgn keadaan ini kerana kerap ke tandas dan perlu menukar pad setiap 2 jam…mohon bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat haid yang berlebihan, seperti:
- Polip rahim
- Endometriosis dan adenomyosis
- Ketidakseimbangan hormon
- Struktur rahim yang tidak normal
- Sistem pembekuan darah yang tidak normal
kesan sampingan penggunaan implanon seperti di bawah:
- Loya
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sakit di bahagian payudara
- Pertumbuhan jerawat
- Rambut gugur
- Berat badan meningkat
- Gangguan kitaran haid
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Pendarahan yang kerap
- Gangguan aktiviti harian
- Pitam
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Kesukaran bernafas
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih