
Sulit
5 tahun
Ingin bertanya tentang HIV
saya lelaki berumur 20an , saya ingin bertanya tentang jangkitan HIV . boleh ke seseorang itu dijangkiti HIV dengan orang yang menghisap kemaluan kita dan keluar air mani . tanpa setubuh . TQ

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami soalan anda. HIV akan disebarkan dari individu HIV positif kepada individu lain dengan cecair badan memasuki luka individu tersebut. Antara jenis cecair yang boleh berjangkit ialah:
- Darah
- Air Mani
- Cecair faraj/usus
- Susu Ibu
Seks oral merupakan satu cara penyebaran HIV. Jadi, terdapatlah kemungkinan jangkitan HIV sekiranya kemaluan atau mulut mepunyai luka yang berdarah.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.