
Sulit
5 tahun
Ingin bertanya tentang ubat Priligy
Doktor ada bagi sy ubat Priligy… Jadi bolehkah sy makan tanpa melakukan hubungan seks kerana sy dan bini duduk berjauhan buat masa skrng…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, ubat ini diberikan sebagai rawatan ejakulasi pramatang dan harus diambil mengikut nasihat dan arahan doktor. Akan tetapi, kebiasaannya ubat ini hanya perlu diambil sebelum anda melakukan hubungan seks sahaja dan bukannya untuk diambil setiap hari. Selain itu, ubat ini tidak disarankan untuk diambil lebih dari sekali dalam masa 24 jam.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.