
Sulit
4 tahun
Ingin buang air liur dan sesak nafas
Saya lelaki mendapati kerap buang air liur dan sesak nafas. Saya juga mengalami kerap lapar selepas makan. Adakah saya mengalami gastrik ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Manakala bagi masalah kerap membuang air liur ataupun mempunyai air liur yang banyak, ianya boleh disebabkan oleh :
- kelenjar air liur yang terlalu aktif
- pengambilan makanan berkanji yang banyak
- batu dalam kelenjar air liur (siadolithiasis)
- jangkitan kuman dan bakteria pada struktur tonsil, tekak dalam ataupun quincy
- masalah saraf seperti myasthenia gravis, Bell’s palsy
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas atau kesukaran bernafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.