Anonymous
4 tahun
Ingin hamil setelah berhenti suntikan depi
Saya berunur 33 tahun dan merancang untuk hamil kembali.
Saya sudah 3 tahun tidak datang haid.
Saya ada membeli pil jasmin 0.03 mg untuk kembalikan semula kitaran haid.
Tetapi meragui dan memerlukan khidmat nasihat Doktor untuk kembali hamil
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami kesan sampingan suntikan hormon, iaitu tiada perdarahan haid atau kitaran haid yang tidak teratur. Hal ini demikian kerana badan anda mengambil masa yang lebih panjang untuk menyesuaikan diri kepada paras hormon yang berlainan di dalam badan anda.
Untuk pengetahuan anda, pil yasmin mempunyai komposisi ethinyloestradiol dan drosporenone. Ia sering digunakan sebagai pil perancang, kurangkan segugut semasa haid, dan membantu dalam mengaturkan kitaran haid anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan yang bersesuaian, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!