
Sulit
5 tahun
Ingin kepastian pasal kehamilan
saya wanita berusia 29 tahun…saya mempunyai 2 cahaya mata…period saya teratur…saya nak tanya detail psl kehamilan…saya dah lambat period 9hari…mcm2 jnis upt saya dah test,jawapannya negatif…tpi saya rsa saya mengandung…sebab saya perubahan,cth: breast saya memang sakit sangat,kncing kerap,rsa pnt,perut saya 2 3 hri ni asyikk sakit mcm krem,lps tu saya alami sembelit yg kerap…sekarang saya rsa perut sya makin membesar…saya cma takut nak scan takut kecewa…kdg2 saya rsa mcm nk demam…boleh doktor beri pandangan…terima kasih…saya penah keguguran 3x😳

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab haid lewat selain kehamilan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.