
Sulit
3 tahun
Ingin melakukan penguguran brusia 3 minggu
saya ibu berusia 23 th dan mempunyai dua org anak . baru2 ini saya tdk period dan test utp saya 2 line. tapi saya belum sedia untuk hamil lagi atas faktor keadaan kami y susah . jadi saya merancang untuk membeli pil gugur . apakah kesan pil atau kesakitan y saya rasa slepas mngambil pil tersebut ?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan samping selepas mengambil pil keguguran. Antaranya adalah:
- Kekejangan
- Pendarahan yang banyak
- Keletihan
- Sakit payu dara
- Loya dan muntah-muntah
- Demam
- Cirit-birit
- Jangkitan kuman
- Saki baki kandungan yang digugur masih tertinggal di dalam rahim berpotensi untuk menyebabkan jangkitan kuman atau “septic abortion” dan ini boleh mengancam nyawa.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan