
Sulit
3 tahun
Ingin meminta nasihat dan pencerahan mengenai masalah sakit dada dan batuk yang dihidapi . Sakit dada terjadi sewaktu batuk dan rasa nyilu di dada
Hai doktor. Saya ingin bertanya mengenai permasalahan saya. Saya mengalami sakit dada dan batuk sejak 2 hari lepas. Saya telah mendapatkan rawatan di klinik dan tidak mengalami permasalahan seperti asthma. Adakah normal sakit dada ini?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Sakit otot dada akibat batuk yang sering
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman atau virus pada saluran pernafasan
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas atau anxiety
- Gangguan organ jantung
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.