Sulit
3 tahun
Ingin mengetahui keberkesanan emergency pil yang telah diambil
Hi Saya telah melakukan hubungan bersama suami saya pada hari ovulasi. Tetapi tidaklah sehingga suami mengeluarkan sperm dan hanyalah precum. Suami juga tidak memasukkan keseluruhan penisnya sehingga ke vagina. Keesokan harinya saya telah mengambil Escapelle. Masihkan saya boleh mengandung walaupun hubungan tersebut bukanlah sehingga ke sex dan hanyalah precum? Dan adakah memakan morning after pil pada hari ovulasi masih boleh mengelakkan sebarang kehamilan? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan untuk hamil adalah rendah tetapi masih boleh berlaku sekiranya suami anda tidak melepaskan air mani ke dalam vagina anda. Oleh kerana anda mengambil pil perancang kecemasan pada hari sterusnya, kemungkinan untuk anda hamil anda sangat rendah. Oleh kerana anda belum bersedia untuk hamil, anda disarankan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lebih sesuai. Antara kaedah perancang keluarga:
- memakai perlindungan seperti kondom semasa bersama
- mengambil pil perancang gabungan hormonal atau pil progesteron sahaja
- intrauterine contraceptive device atau IUCD.
- suntikan perancang kehamilan
Pil perancang kecemasan tidak digalakkan penggunaannya kebih daripada satu kali dalam sebulan. Sebelum memulakan kaedah perancang keluarga yang dinyatakan di atas, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor untuk kaedah yang paling sesuai dengan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor/ doktor pakar wanita kami atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.