Sulit
4 tahun
Ingin mengetahui lebih lanjut punca sukar hamil
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya sudah pun berkahwin selama 5 tahun.Untuk makluman, saya mempunyai sejarah penyakit tibi dan darah pernah dijangkiti kuman sebelum saya berkahwin pada tahun 2013. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya tidak pernah hamil dan tidak pernah juga membuat sebarang check up untuk kesuburan. Persoalan saya, adakah sejarah penyakit tibi salah satu punca saya sukar untuk hamil?. Apakah punca utama sukar hamil? Apakah yang patut saya lakukan untuk ikhtiar hamil?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah tibi tidak mempengaruhi seseorang wanita untuk sukar hamil. Masalah sukar hamil boleh disebabkan oleh:
- Salah masa (hubungan kelamin diadakan bukan pada hari kesuburan)
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Masalah pada ovari atau struktur organ kehamilan
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.