
Sulit
5 tahun
Ingin mengetahui symptoms secara lebih lanjut
Saya berasa seolah-olah ada ‘pill’ yang tersekat di kerongkong (i did take my medication such as antibiotic untuk merawat tonsillitis dan ia sudah pulih). saya kadang-kadang berasa nafas terlalu laju and it goes away when i try to distract myself. selain itu, tekak saya juga berasa kering dan terasa nak batuk tapi tidak batuk. saya berasa risau kerana saya mempunya 2 poin yang berkaitan dengan covid19. Saya tidak mempunyai contact dengan mana-mana pesakit dan tidak ada pergi ke mana-mana negara yang berisiko tinggi tetapi ada menaiki penerbangan secara domestik dari KL-Kuching minggu lepas. Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda harus lebihkan pengambilan air anda. Anda juga boleh mencuba untuk minum air madu dan lemon untuk melegakan sakit tekak anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini