
Sulit
2 tahun
Ingin tahu tentang kehamilan
Hai, asaya cuma nak tahu…kalau saya stop mkn rigevidon pil bileh kaa saya pregnant ? Dan kalau sy mkn rigevidon pil betulkah utk dptkan anak dlm jgka 3 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai dan salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pil rigevidon merupakan pil perancang keluarga. Ia diambil untuk mengelak anda dari hamil. Sekiranya diambil dengan betul, anda tidak akan hamil selama anda mengambil ubat tersebut.
Sekiranya anda ingin hamil, anda harus berhenti mengambil ubat itu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.