
Sulit
5 tahun
Ingin tahu tentang mata diabetik
Saya lelaki berumur 30 tahun, mengidap penyakt diabetic type 1, semasa berjumpa dengan doktor mata, dia cakap ada pendarahan dalam mata dan saya ada ‘floaters’, bolehkah mata saya pulih seperti dulu? dan apa makna R:2 E:1 P:0 A:0 S:0

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, berkenaan diagnosis yang doktor anda lakukan, pencegahan bagi kondisi yang menimpa mata anda ialah dengan mengawal bacaan gula dan tekanan darah kerana jika masih berterusan, maka anda mungkin memerlukan rawatan seperti lazer bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Manakala makna R:2 E:1 P:0 A:0 S:0 tidaklah diketahui oleh kami dan anda perlu merujuk kepada doktor mata anda mengenainya. Anda dinasihatkan untuk mengikuti nasihat doktor mata dan doktor endokrinologi anda untuk kawalan diabetes anda bagi mencegah komplikasi di masa hadapan. Sekian