
Anonymous
5 tahun
Injakulasi pra-matang
Salam. Doktor. Sy adam 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga 6 bulan lalu. Saya ingin bertanyakan tentang permasalahan yg dialami berkaitan dgn seks bersama pasangan saya. Saya mengalami masalah “pancut” ketika bersama dengan pasangan dan ianya berlanjutan sehingga sekarang. Dari pada itu. Saya cuba utk ikhtiar dengan cara mengambil supliment (kopi/pil kuat) serta produk kegunaan luaran (men delay spray) yg dijual dpasaran secara atas talian. Dengan peggunaan itu masa seks sy boleh belanjutan ke 30-40 minit bersama pasangan.
soalan saya…Adakah penggunaan
bahan2 tadi secara kerap boleh mendatang kesan pada masa depan.
Dan apakah tips yang paling baik utk mengatasi masalah ini.
Sekian. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penggunaan produk-produk yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sangat berbahaya kepada kesihatan seseorang. Pengambilan kopi segera (dalam tin) yang kerap dapat memberikan risiko kencing manis, kegagalan buah pinggang dan masalah jantung. Penggunaan krim sapuan pula seeloknya dibeli di farmasi berdaftar serta dengan nasihat doktor kerana dikhuatiri penggunaan jangka panjang akan memberikan kesan mati pucuk.
Antara langkah-langkah mengatasi masalah ejakulasi pra-matang adalah dengan:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Perbanyakkan "foreplay’
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.