
Sulit
4 tahun
Inject depo sementara tiada ank merancang sbb nilah sambil belajr,menyebabkn period darah warna koko kadang2 cmpur sikit darah.. then dia berterusan lebih 15 hari period.. hari2 ada keluar then xde keputihan langsung.. ada warna hitam
Hai Dr saya baru khwin tahun lepas then saya inject depo terus, sbb saya ngan laki saya nk merancang dulu… kerana saya sedang beljr tahun akhir, then period saya sikit n wrna koko melebihi 15 hari, harian pon ada berterusan kadang2 cmpur darah… tapi sikit kenapa yer DR?? Apa tindakkn yg perlu saya buat… warna koko hitam kadang2 kuat bau… 2 kali je saya inject skrang x??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pendarahan haid berwarna koko/coklat. Untuk makluman anda, kesan sampingan suntikan perancang adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu dan berubah (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara.
Bagi pendarahan coklat, ia boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan, antaranya ialah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlarutan sehingga mengganggu anda, anda dinasihtakan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan coklat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!