Sulit
3 tahun
Insomnia di waktu malam dalam tempoh PKP ini
saya mengalami masalah memulakan tidur 2-3 hari selepas PKP sehinggalah sekarang. untuk itu saya berjumpa doktor dan dia memberiakn saya ubat zolpidem 10 mg. jadi untuk tidur dengan agak mudah saya akan ambil ubat ini sebelum tidur. namun begitu, saya masih mengharapkan dapat tidur seperti sediakala. adakah kebergantungan terhadap ubat ini merbahaya? saya memerlukan tidur untuk mengurus keluarga dalam temph jangka masa PKP ini. Bolehkah situasi saya ini dipulihkan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat makanan yang digalakkan untuk membantu seseorang tidur dengan lebih lena iaitu makanan yang mengandungi melatonin atau asid amino tryptophan. Melatonin berfungsi mengawal kitaran tidur/bangun, membantu anda jatuh tidur dengan lebih cepat dan mengurangkan kekerapan bangun pada waktu malam. Asid amino tryptophan pula membantu meningkatkan tahap serotonin (kimia otak) yang jika rendah, boleh menyumbang kepada insomnia. Makanan yang mengandungi melatonin termasuk kekacang seperti almond, susu dan buah-buahan seperti pisang dan nanas.
Elakkan alkohol dan perangsang seperti nikotin dan kafein. Kesan kafein boleh bertahan selama beberapa jam sehingga menganggu kitaran tidur/bangun seseorang. Walaupun alkohol mempunyai kesan sedatif untuk beberapa jam pertama selepas diminum, ia boleh menyebabkan tidur malam yang tidak tenang.
Petua-petua lain untuk membantu anda tidur dengan lebih lena termasuk:
- Tetapkan jadual waktu tidur dan bangun anda.
- Hadkan tidur siang.
- Pastikan anda bersenam dengan mencukupi. Walau bagaimanapun, elakkan senaman berdekatan dengan waktu tidur kerana kesan perangsangnya boleh menganggu tidur anda.
- Hadkan aktiviti di atas katil. Elakkan menonton televisyen, penggunaan komputer atau telefon bimbit.
- Elakkan makanan atau minuman sebelum tidur.
- Sediakan persekitaran tidur yang selesa. Kurangkan suhu, keterangan dan bunyi bising dalam bilik.
- Kurangkan stres sebelum tidur. Anda boleh cuba meditasi selama 15 minit untuk membantu anda melapangkan fikiran.
Kebergantungan kepada ubat tidur adalah tidak baik. Penggunaan ubat yang anda inginkan untuk mencapai kesan yang anda ingini mungkin anda bertambah pada masa hadapan kerana teori toleransi kepada dos ubat tidur anda. Anda harus cuba menggunakan cara-cara yang dinyatakan di atas untuk cuba mengatasi masalah insomnia anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.