
Sulit
5 tahun
Iritasi di bahagian bibir vagina
Saya berumur 25tahun, belom berkahwin. Bahagian bibir vagina saya kerap tumbuh ulcer atau benjolan. Akibat dari benjolan tu, bahagian intim saya kerap gatal dan tidak selesa. Kenapa ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser dan benjolan yang terdapat pada bibir kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Sista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Alahan bibir kemaluan pada bahan pencuci atau kain seluar dalam sehinggakan melecet
- Jangkitan kuman/kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.