
Sulit
5 tahun
Irregular period until 58 days
Saya mengalami masalah period irregular. Soalan saya kenapa pil hormon perlu di ambil selama 3 bulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang keluarga tersebut diambil untuk menstabilkan hormon yang menyebabkan kitaran haid anda tidak menentu. Akan tetapi, ianya tidak akan berkesan serta merta dan perlu mengambil masa. Oleh itu, tempoh masa 3 bulan diperuntukkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.