Anonymous
7 tahun
Is that possible to get a pregnant because my period late 5 days
sy berumur 23 tahun and early marriage… is that possible to get pregnant because iam having a intercourse with my husband 5 day before expected period… based on my period calender it say that low chance to get pregnant on that day having a sex… now my period lewat 5 hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya, wanita akan hamil jika hubungan kelamin dibuat pada waktu subur. Waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke 12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haid bagi sesiapa yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari.
Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur serta nasihat doktor diperlukan.
Terdapat juga beberapa cara untuk mengenal pasti tarikh subur iaitu:
- Mengunakan perhitungan hari secara manual
- Penghasilan keputihan yang banyak pada waktu kesuburan
Berbalik kepada soalan puan, peluang puan untuk hamil sebelum tarikh puan datang haid adalah tipis.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.



































