
Anonymous
5 tahun
Ischemic heart disease
Saya wanita, 41thn, anak 5 mengalami simptom seperti loya, sakit dada kanan, berpeluh, terasa nak pitam.
diagnosed with mild heart attack.
Apa penyebab/punca… Pemakanan?
Scan jantung ok, blood test 2nd time,
Tp sekarang saya da x makan pil cair darah sebab saya amalkan minum air Kangen/alkali… Saya x sakit dada lg.
Perlukah saya sambung makan pil sebab saya da tak rasa sakit dada?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penyebab sakit jantung ialah :
- Tekanan darah tinggi
- Kadar kolesterol tinggi
- Diabetes
- Faktor Pemakanan - Makanan berminyak dan berlemak, Tidak cukup tidur, Kurang bersenam dan sebagainya
Mengenai ubat cair darah itu, saya sarankan puan untuk mengambilnya mengikut saranan doktor dan jangan berhenti secara tiba-tiba. Tiada kajian terperinci mengenai air Kangen boleh merawat masalah jantung setakat ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.