
Sulit
4 tahun
Isteri saya sudah lambat period selama 10 hari dan ada merasa nak muntah
Isteri saya berumur 24 tahun , sekarang dia sudah lewat period untuk 10 hari dan ada satu hari dia rasa macam nak muntah selepas dia ada minum air bergas seperti pepsi dan selepas setengah jam baru makan ubat ,adakah sebabkan minum air gas pastu makan ubat selepas setengah jam menyebabkan dia nak muntah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid lewat 4 hari. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-40 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Secara purata, kebanyakan wanita pernah mengalami haid lewat sekurang-kurangnya satu kali dalam hidup mereka. Haid lewat adalah apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 40 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!