Sulit
5 tahun
Iucd darah haid lama
Selepas bersalin tahun lepas… sy menggunakan perancang iucd… sebelum guna iucd period sy 5 ke 6 hari… selepas guna iucd hamoir 5 bln… period terlalu lama hampir 14hari… selepas habis period 3 hari sy bersih… dan bersama suami trus ada darah… adakan darah period… maaf bertanya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan selepas bersama dengan suami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Umumnya, pendarahan faraj selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada faraj
- Masalah struktur faraj
- Atau gangguan kitaran haid
Anda memerlukan nasihat daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami, pemeriksaan dan ujian lebih lanjut seperti pengambilan sampel cecair dari faraj mungkin diperlukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut. Anda boleh mengklik pautan ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih.


































