
Sulit
4 tahun
Jahitan bersalin bengkak dan benang mereput sehingga nampak benang dibagian isi
hi. sy wanita berumur 26 tahun . kini sdg berpantang hari k29 . semasa awal berpantang saya dapati bengkak dikawasan jahitan. kini benang semakin mereput bukan shja dibahagian kulit tetapi dibahagian dlm. adakan itu normal atau saya perlu dijahit semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, luka jahitan bersalin sememangnya mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dan dipengaruhi oleh faktor seperti kebersihan kawasan luka, faktor nutrisi makanan dan faktor sistem imun badan (samada kuat atau lemah). Sekiranya kawasan luka tersebut berdarah, sakit, bernanah atau terbuka jahitan, maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.