
Anonymous
6 tahun
Jangkitan bakteria atau kuman (sifilis)
Saya lelaki berumur 27 tahun… Saya ingin bertanya macam mana merawat jika terkena jangkitan sifilis? Saya mengesyaki diri saya terkena jangkitan sifilis… Saya sering mengalami sakit apabila kencing… Rasa gatal dan panas ketika dan selepas kencing…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit sifilis adalah penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria T.pallidum. Antara tanda-tanda sifilis pada peringkat awal adalah:
- Perubahan pada kulit yang dikenali sebagai chancre dan pembengkakan kalenjar limfa yang berdekatan dengan kawasan pertama terkena jangkitan.
- Ruam-ruam
- Demam
- Kelenjar-kelenjar yang bengkak.
- Kehilangan berat badan
- Berasa amat penat dan sengal-sengal otot.
Namun begitu, masalah sakit ketika kencing juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Luka pada saluran kencing atau zakar
- Jangkitan kelamin yang lain
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.