
Sulit
5 tahun
Jangkitan ESBL pada pundi kencing wanita mengandung
Doktor …Saya meada beberapa soalan dan diharap Doktor dapat memberikan sedikit pendapat dan pandangan…
1)Apabila seseorang terkena jangkitan ESBL (e-coli) dalam pundi kencing (wanita mengandung), adakah akan berjangkit kepada ahli keluarga yang lain?
2) Adakah kuman ni masih akan aktif semula selepas diberikan rawatan antibiotik selama 10hari?
3)Bagaimanakah cara ESBL berjangkit? Adakah melalui sentuhan kulit?
4) Apakah nasihat Doktor untuk pesakit ESBL, dalam usaha merawat dan mengawal penyakit ini daripada berjangkit kepada orang lain?
Terima kasih Doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan saluran kencing tidak dapat berjangkit kepada orang. Biasanya, ia terjadi kerana bakteria dari dubur sendiri. Rawatan sepanjang 10 hari adalah berdasarkan kajian bahawa bakteria ini akan mati setelah jangka masa tersebut. Namun, ujian mungkin akan dilakukan sekali lagi untuk memastikan bahawa anda tiada jangkitan tersebut setelah habis ubat antibiotik. Oleh kerana anda sedang mengandung, anda harus memastikan bahawa anda habiskan ubat ini tanpa gagal kerana jangkitan ini boleh membahayakan kehamilan anda sekiranya tidak dibasmi. Minum air yang secukupnya dan jangan tahan kencing anda. Etika menggunakan tisu tandas untuk mengelakkan jangkitan saluran kencing ialah lap dari depan ke belakang. Wanita sangat mudah untuk mendapat UTI, lebih-lebih lagi seorang wanita mengandung.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.