
Sulit
4 tahun
Jangkitan HIV terhadap pasangan
Selamat sejahtera. Hi Dr, saya cuma nak bertanya, jika perempuan itu mempunyai penyakit HIV dan pasangannya melakukan hubungan intim dengannya. Dan hubungan itu adalah hubungan yang pertama, masa berhubungan kurang dari lima minit. Adakah kebarangkalian jangkitan itu tinggi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, HIV boleh dijangkiti melalui hubungan seks yang tanpa perlindungan seperti kondom. Hal ini kerana, virus tersebut boleh dijumpai dalam lendiran faraj, air mazi dan air mani. Jika anda telah melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang positif HIV, kemungkinan untuk anda dijangkiti adalah tinggi. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, untuk mendapatkan kepastian anda perlu melakukan ujian HIV.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah