
Anonymous
5 tahun
Jangkitan kulit cellulitis
Hi…
Emk(58thn) saya seorang pesakit kencing manis mengalami jangkitan kuman cellulitis setelah disahkan oleh doctor klinik swasta.
Apakah rawatan yg sesuai utk emk sy selain memakan ubat antibiotik dan bengkak kaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, selain pengubatan, terdapat banyak hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi perburukan penyakit. Antaranya
- mematuhi arahan pengubatan seperti makan ubat sehingga habis
- menjaga kebersihan tempat terkena kuman
- sering mencuci tempat kuman
- biasanya pesakit diabetes suka menggaru, sebaiknya elak
- pertahankan hidrasi tubuh, banyakkan minum sekurangnya 8 gelas sehari
- perbanyakkan konsumsi vitamin terutama melalui sayuran dan buah-buahan
- jaga kandungan gula darah, pastikan untuk makan ubat kencing manis
- melakukan kunjungan ulang ke doktor sekiranya gejala memburuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.