
Sulit
3 tahun
Jangkitan kuman dan miss v bintik bintik bagai nanah
Saya wanita dalam 20an… dah berkahwin . Saya nak tanya kenapa miss v saya ada bintik banyak mcm bernanah . Dan sering mengeluarkan keputihan yg busuk … kencing juga sangat pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan saluran kencing, jangkitan pada kemaluan (kuman, virus atau kulat), penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease) dan lain.
Jangkitan biasanya terjadi sebab kebersihan yang kurang memuaskan atau melalui hubungan bersama pasangan. Kami perlu mengenai punca jangkitan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.