
Sulit
4 tahun
Jangkitan penyakit kelamin pada individual yang tidak melakukan hubungan seksual
Bolehkah seseorang itu dijangkiti penyakit kelamin tanpa melakukan persetubuhan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan kenyataan anda, jika anda tidak pernah melakukan hubungan seks maka kemungkinan anda dijangkiti penyakit kelamin adalah rendah.
Faktor risiko penyakit kelamin
Seseorang yang melakukan hubungan seksual mempunyai tahap risiko yang tertentu untuk dijangkiti penyakit kelamin. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko tersebut seperti:
- Hubungan seksual tanpa perlindungan sama ada melalui faraj, mulut atau dubur: Risiko pasangan yang tidak dijangkiti mendapatkan penyakit kelamin meningkat jika kondom getah tidak digunakan. Penggunaan kondom yang tidak betul atau tidak konsisten juga boleh meningkatkan risiko anda.
- Mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual : Semakin ramai jumlah hubungan seksual yang dilakukan, semakin besar risiko anda dijangkiti penyakit kelamin.
- Mempunyai sejarah penyakit kelamin : Seseorang yang mempunyai sejarah penyakit kelamin boleh dijangkiti penyakit kelamin dengan lebih mudah.
- Penyalahgunaan alkohol atau dadah rekreasi : Penyalahgunaan bahan-bahan ini boleh menjejaskan penghakiman anda dan meningkatkan risiko bagi perlakuan yang berisiko tinggi seperti hubungan seksual tanpa perlindungan.
- Menyuntik dadah ke dalam vena : Perkongsian jarum dengan seseorang yang dijangkiti penyakit kelamin boleh menyebabkan penyebaran jangkitan-jangkitan yang serius terutamanya virus HIV, hepatitis B dan hepatitis C.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.