nurain.zariatul
3 tahun
Jangkitan penyakit kelamin
Saya wanita berumur 24…bagaimanakah herpes boleh dijangkiti oleh wanita?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jangkitan herpes terbahagi kepada jangkitan herpes simplex jenis satu dan dua. Biasanya jangkitan jenis satu berlaku pada bahagian mulut manakala jenis dua berlaku pada kelamin.
Kedua dua jangkitan ini boleh disebarkan melalui sentuhan pada luka atau cecair yang mengandungi virus herpes tidak kira melalui sentuhan, ciuman atau hubungan seksual.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































