
Sulit
4 tahun
Jangkitan STD melalui ciuman
Adakah penyakit STD (penyakit kelamin) boleh berjangkit melalui ciuman mulut (french kiss)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan soalan anda, saya akan cuba menerangkan kepada anda berkenaanpenyakit kelamin (STD/sexually trasmited disease). Penyakit kelamin, lebih dikenali sebagai sexually transmitted diseases (STD) dalam bidang perubatan, merupakan satu golongan penyakit yang merebak melalui hubungan kelamin. Hubungan kelamin di sini bermaksud hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Penyakit kelamin boleh merebak dengan cara-cara yang selain daripada hubungan kelamin:
- Melalui transfusi darah ketika darah yang diterima oleh pesakit itu tercemar.
- Perkongsian jarum di antara penagih dadah.
- Anak kepada seseorang ibu yang dijangkiti penyakit kelamin juga mungkin menghidap penyakit-penyakit ini kerana jangkitan boleh berlaku semasa mengandung melalui uri, ataupun semasa kelahiran anak melalui percampuran darah.
- Pekerja-pekerja bidang kesihatan yang terdedah terhadap bahaya kecederaan tertusuk jarum (needle stick injury, NSI).
Penyakit kelamin /STD terdiri daripada pelbagai penyakit seperti gonorrhea, herpes simplex, chlamydia, trichomoniasis dan pelbagai lagi jangkitan. Untuk makluman anda, sesetengah penyakit ini boleh berjangkit melalui ciuman mulut seperti herpes simplex jenis 1 dan sifilis. Tambahan, sifilis sebenarnya dapat membuat luka di mulut yang dapat berjangkit ke orang lain, termasuk melalui french kiss yang kerap dilakukan dengan permainan lidah.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.