
Anonymous
2 tahun
Jangkitan terkena darah
Mohon bertanya soalan dri wakil sahabat saya,beliau adalah seorang jururawat,semasa melakukan prosedur,tiba2 darah pesakit terpercik pada mata dia,adakah bliau brisiko untuk terkena jangkitan trsbut,sperti hiv atau hep?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan jangkitan seperti HIV ataupun hepatitis disebabkan darah pesakit yang terkena pada mata perlukan maklumat tambahan. Jangkitan akibat tercucuk jarum pesakit adalah rendah iaitu sekitar 1 dalam 300 kes bagi HIV manakala untuk hepatitis angkanya lebih sedikit tinggi. Sekiranya anda berasa risau akan status jangkitan, rakan anda perlu dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor hospital dengan segera bagi membolehkan pemeriksaan serta tindakan susulan boleh diambil sekiranya perlu. Sekian.