
Sulit
5 tahun
Jantung bedebar kerap tanpa sebab
Sejak kebelakangan ini saya dapat rasakan jantung saya bedebar eebar dengan kerap sekali, selepas bangun tidur sekali pun saya akan terus rasa bedebar.
Saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi, asma dan GERD. Saya di diagnose menghidap hypertension pada awal tahun ini dan di dapati ketika pemeriksaan bersama doktor heartbeart saya tinggi dengan purata 100 keatas.
Walabagaimana pun apa bila saya buat kiraan nadi dirumah sebentar tadi bacaan sekitar 80 sahaja walaupun saya masih rasakan jantung bedebar debar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk berhubung dengan doktor kami perihal kesihatan jantung. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!