
Anonymous
5 tahun
Jantung berdebar dan sesak nafas
Saya wanita berumur 24tahun… baru2 ni sya mengalami sesak nafas dn bernafas laju pada masa yang sama jantung saya berdebar dan berdetak lebih kuat sehingga saya boleh rasakan sendiri debaran tu…bila saya datang berjumpa doktor di.hospital saya cuma diberikan.ubat sakit radang dan ubat sapu…tetapi penyakit saya tetap rasa yang sama walaupun dapat rehat yang secukupnya dan penafasan saya kadang baik kadang saya mula sesak nafas lagi…apa patut saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Antara faktor jantung berdebar dan sesak nafas adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika keadaan ini berterusan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.