Sulit
5 tahun
Jantung berdebar dan terasa kuat degupannya
Hye Dr, saya seorang perempuan berumur 21 tahun, seorang pelajar. Kebelankangan ini saya sering merasakan jantung saya berdebar dengan kuat shingga dpt merasakan degupannya dan tidak selesa. Walaubagaimanapun, PR saya dlm julat normal iaitu sekitar 84 ketika rehat. Tpi mengapa saya dpt merasakan degupan jntung ? Kerana sebelum ini kita tidak terlalu merasakan degupannya. Period saya juga tidak normal. Kdgkala hampir 6 bulan tidak datang. Saya pernah melakukan ECG sbyk 2 kali, dan Dr mengesahkan saya sihat dan tidak mempunyai mslh tiroid berlebihan atau sebagainya. Terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sukar untuk saya simpulkan sama ada masalah jantung berdegup kuat serta masalah haid tidak teratur berkaitan atau tidak.
Kebiasaannya, masalah jantung berdegup laju disertai dengan denyutan nadi yang tidak normal. Dalam situasi anda, hanya degupan jantung yang laju berkemungkinan tidak merujuk kepada masalah yang serius. Tambahan pula anda telah berjumpa dengan doktor serta melakukan pemeriksaan dan semuanya menunjukkan keputusan yang normal.
Maka, kami di platform ini tidak dapat mengulas lanjut kerana pihak kami tidak mempunya maklumat lanjut berbanding dengan hospital atau klinik yang anda lawati. Namun, sekiranya anda masih mengalami masalah ini dan ianya menganggu aktiviti harian anda, disarankan untuk anda berjumpa lagi dengan doktor. Dan mungkin sekiranya, semua pemeriksaan menunjukkan normal tetapi, anda masih mengalami gejala tersebut, anda boleh meminta dirujuk kepada doktor pakar psiakitri.
Untuk masalah haid tidak teratur yang anda alami, ianya mungkin disebabkan oleh masalah seperti
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
untuk masalah ini anda mungkin dirujuk ke doktor pakar wanita jika perlu setelah berbincang dengan doktor. Anda juga boleh membuat janji temu dalam talian dengan dontor pakar wanita di hospital swasta dengan mudah melalui link ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



























