
scrollmedown93
5 tahun
Jantung berdebar laju
Hi doktor. Saya nak tanya sedikit benda .
Pada September 2019 semasa percutian saya di Taiwan, pada hari ketiga,saya bermalam di sebuah hotel di kawasan pergunungan dimana hotel disana terkenal dengan spa lumpur. Semasa saya membuat spa lebih kurang 15 minit macam tu, tiba-tiba saya berasa susah bernafas dan pening. Lepastu saya keluar dari bilik spa dan berehat lepastu dah ok.
Selepas saya pulang dari Taiwan, perasaan jantung berdebar laju serta didatangi dengan pernafasan yang laju serta pening kerap berlaku.
Saya dah tengok banyak doktor swasta dan mereka hanya bagi ubat gastrik dan ubat *heart palpitations *.
Dalam sebulan ni,penyakit ini menyerang setiap hari. Sekarang, setiap hari saya diganggu dengan jantung berdebar laju,rasa pernafasan tidak lancar, kaki dan tangan terasa sejuk dan kadang- kadang rasa sikit kebas, makan pun tak lalu, kadang-kadang tangan dan kaki mengigil, nak mandi pun takut. Saya nak buat senaman sekejap je jantung pun berdegup laju. Makan apa-apa pun tak setiap badan.
Tolonglah saya doktor.
Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
Kami memang memahami kerisauan anda, tetapi masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut seperti penggunaan ujian imbasan dan sebagainya. Kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor rawatan anda bahawa ubat yang anda sedang ambil ini tidak berkesan dan doktor anda akan membuat keputusan yang sesuai untuk anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor jantung kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!