
raudah09
5 tahun
Jantung berdegup cepat
kadang2x jantung saya akan berdegup dgn cpat secara tiba2x.adakah itu petanda saya sakit jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdegup pantas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia (kekurangan darah merah)
Masalah tiroid
Serangan panik
Masalah ritma jantung
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut diperlukan bagi mengenalpasti masalah yang anda hadapi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.