
nursharifahaida
5 tahun
Jantung berdegup laju dan demam yang berpanjangan
Saya remaja berumur 15 tahun. saya mengalami demam yg berpanjangan selama 7 hari. Apabila saya pergi ke klinik dan ujian darah diambil, doktor di klinik menanyakan beberapa soalan yg berkaitan dengan denggi. Contohnya, adakah kamu ada masuk hutan atau mandi sungai ? Ada rasa muntah-muntah? Ada bintik-bintik merah pada badan? Ada berlaku pendarahan di dalam atau luka dimana-mana? Semua soalan yang ditanya tidak ada pada saya. Dan saya mengatakan saya sakit badan dan jantung berdegup laju. Semasa saya pergi klinik jantung saya berdegup 100 lebih. Apabila ditanya ada sakit dada, saya cakap tiada. Saya tidak pasti apa penyakit saya sebenarnya. Doktor beri saya ubat antibiotik, paracetamol, ubat mencairkan kahak, dan chlorhexidine glucose. Doktor boleh terangkan tak apakah sebenarnya yang saya alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, keterangan anda mengenai demam adalah subjektif. Demam bukanlah sesuatu penyakit, akan tetapi demam adalah merupakan gejala penyakit. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor agar dapat diketahui apakah suhu tubuh anda boleh dikatakan demam atau tidak dan agar pemeriksaan dan perawatan lanjut dapat diberikan. Jantung berdegup laju pula adalah merupakan gejala yang biasanya timbul sekalian dengan demam berikut suhu tubuh yang meningkat menyebabkan jantung bekerja lebih cepat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.